Apa yang akan berlaku pada tahun 3,000 atau abad ke 30? Berapa tahun lagi sebelum tahun 3,000 atau 30th century itu? Bayangkan anda sebagai generasi pertama, kalau kita mempunyai anak yang menjadi generasi keturunan kamu yang kedua, anak kamu itu nanti akan membesar menjadi orang dewasa berkahwin sehingga nanti dia pula akan mempunyai anak iaitu generasi ketiga kamu. Generasi seterusnya dari pertalian darah keturunan kamu pula akan bersambung kepada 30 generasi lagi sehinggalah mendekati tahun 3,000. 9 abad dan 9 dekad lagi sebelum tarikh tahun 3,000. Mengikut perkiraan 1 abad ialah seratus tahun dan 1 dekad pula ialah 10 tahun maksudnya ada 989 tahun lagi sebelum tahun 3,000.
Satu tanda tanya kepada kita semua. Semua manusia yang hidup hari ini tidak akan hidup lama sehingga sempat melihat keadaan dan suasana ditahun 3,000 nanti. Sudah tentu banyak perubahan akan terjadi akibat dari kemajuan teknologi dan perkembangan sosial kehidupan manusia.
Teknologi sains dan inovasi ditahun 3,000 sangat canggih jikalau dibandingkan dengan keadaan pada hari ini. 100 tahun dahulu manusia belum tahu bagaimana hendak terbang di udara. 60 tahun kemudian, manusia sudah berjaya menjejakkan kakinya dipermukaan bulan. Betapa sains dan teknologi maju sepantas bom meletup. Daripada teknologi kapal tiupan angin dizaman purba, manusia berjaya keluar dari atmosfera bumi. Lebih ramai manusia hari ini yang mempunyai jangka hayat yang panjang daripada manusia yang hidup 100 tahun dulu akibat dari kemajuan penyelidikan sains perubatan.
 |
| Manusia Bionic |
Sains dan teknologi akan meningkat lebih maju pada tahun - tahun akan datang. Ditahun 3,000 masihi, terdapat beberapa jenis manusia. Pertama, manusia bionik yang mempunyai bahagian anggota badannya diganti dengan bahagian robot. Kedua, manusia yang mempunyai anggota badannya daripada gantian klon. Ketiga, manusia klon. Keempat, manusia yang dipertingkatkan keupayaannya daripada manipulasi gen DNA. Kelima, robot yang menyerupai manusia dan keenam, manusia biasa atau pun manusia yang tidak mempunyai apa - apa kelainan pada tubuh badannya. Walaupun terdapat perbezaan pada bentuk tubuh manusia tahun 3,000, tetapi manusia tetap manusia tidak ada kelainan species manusia akan wujud pada tahun itu.
 |
| Robot Android |
|
Terdapat undang-undang yang digubal sebagai peraturan untuk keenam-enam jenis manusia itu. Nilai etika kemanusiaan menjadi konflik sehingga wujud perselisihan sesama manusia berlainan rupa bentuk itu. Robot yang mempunyai kecerdikan A.I (Artificial Intelligence) dan rupa bentuk seperti manusia, menjadi entiti yang sangat dikuatiri manusia kerana bimbang entiti ini nanti akan menguasai manusia. Mereka diprogram supaya tidak menyakiti manusia. Robot android ialah robot atau mesin yang menyerupai manusia. Android dibina untuk kelihatan betul - betul seperti manusia. Pada tahun 3,000, robot android sangat canggih sehingga manusia sendiri tidak dapat membezakan antara manusia atau robot. Otak android ialah komputer yang sangat berkuasa dibina didalam kepalanya. Android mempunyai kecerdikan seperti manusia.
Robot android juga diguna sebaga askar dibarisan depan. Robot android juga diguna dalam pekerjaan yang berat seperti ditapak perlombongan, kawasan radiasi nuklear, dan angkasa lepas. Manusia telah cuba membendung juga mengawal robot android ini supaya ia tidak melampaui batas sehingga mampu memberontak menindas manusia pula. Bagaimana pun ada mereka yang berniat jahat akan mengguna robot ini untuk tujuan jahat mereka.
 |
| Robot A.I menyerupai manusia |
 |
| Robot |
 |
| Robot pekerja pembinaan |
Manusia klon tiruan yang menyerupai orang yang asal menjadi topik yang hangat pada tahun 2,500 samada ia harus dibenarkan atau tidak. Manusia klon ialah manusia tiruan dimana gene orang lain telah diambil dimasukkan kedalam telur orang lain. Bayi yang dilahirkan itu nanti akan mempunyai 99% persamaan dari segi bentuk rupa juga gene DNA. Walau pun mungkin batas - batas ugama belum membenarkan manusia klon yang disalin dari orang lain untuk lahir tetapi mungkin akan ada klon manusia lahir di tempat yang terasing dari pemerhatian pemerintah seperti koloni manusia di bulan atau planet yang diduduki manusia dari bumi. Tahun 3,000 manusia klon sudah boleh bergerak bebas diantara manusia yang asli tetapi tertakluk pada peraturan dan sekatan.
 |
| Manusia klon |
 |
| Telepathy |
Manusia yang dipertingkat keupayaan hasil dari manipulasi kejuruteraan DNA pula akan lahir menjadi manusia yang kuat. Mempunyai tahap ketahanan yang melebihi keupayaan manusia biasa. Mereka ini mungkin menjadi atlet sukan, pemain bola dan askar. Ditahun 3,000 manusia sudah pandai merungkai misteri gene DNA manusia sehingga mereka dapat memperbaiki gene manusia menjadi lebih berkeupayaan. Mungkin akan ada manusia yang mempunyai kelebihan psikik seperti telepathy dan kuasa - kuasa aneh.
 |
| Molekul DNA |
 |
| Genetically enhanced football player |
Manusia yang mempunyai bahagian robotik di badannya ialah manusia yang memerlukan anggota badan yang hilang akibat kecederaan seperti perang, kemalangan atau mereka yang lahir sebagai orang kurang upaya. Bahagian robot ini akan dipasang pada anggota badan manusia kelihatan seperti yang asal. Kita tidak tahu jika seseorang itu mempunyai anggota tangan, kaki, atau organ badan tiruan / robot kerana kemajuan sains membolehkan ia kelihatan seperti anggota badan yang asal. Mereka yang hilang deria penglihatan dan pendengaran akan diganti dengan alat elektronik yang kelihatan betul - betul seperti mata dan telinga.
 |
| Anggota badan gantian robot |
Pembedahan kosmetik tahun 3,000 membolehkan manusia untuk kelihatan muda, atau pun ada teknik perubatan yang membolehkan manusia memanjang usia muda. Manusia akan mempunyai organ badan tiruan seperti jantung, paru-paru, dan lain-lain yang ada terdapat dalam badan manusia yang akan dicipta dari bahan lain. Manusia mempunyai jangka hayat yang lebih panjang di tahun 3,000 sehingga boleh mencapai umur 200 tahun. Ini adalah disebabkan oleh kemajuan sains perubatan. Banyak penyakit merbahaya telah dapat dicari penawarnya seperti kanser.



Manusia asli atau manusia yang tidak mempunyai peningkatan pada tubuh badannya masih lagi manusia dominan di seluruh muka bumi. Bagai mana pun jumlah manusia di bumi terlalu ramai pada tahun 3,000 masihi. Bandar - bandar besar terdapat di mana mana sahaja. Dahulunya pekan kecil pada tahun 2011 akan menjadi bandaraya pada tahun 3,000 masihi. Banyak penempatan dibuka oleh manusia. Bandaraya dalam hutan, bandar di gurun, dan penempatan manusia di dalam laut. Lautan akan diterokai bawahnya untuk sumber tenaga juga bahan galian. Terdapat penempatan-penempatan bersaiz bandar kecil yang dilindungi kubah gelas besar di dasar lautan dunia. Manusia bebas bergerak mengguna kenderaan kapal selam yang direka kelihatan seperti bas dan kapal terbang sebagai perhubungan antara daratan dan penempatan di dasar laut.
 |
| Bandar di gurun |
 |
| Bandar di lautan |
|
 |
| Bandar di dasar laut |
|
 |
| Ladang di gurun |
Gurun gersang seperti gurun Sahara, Gobi, gurun timur tengah, gurun di kawasan barat United States dan di Amerika selatan juga di Australia yang tak berpenghuni akan dibina bandar - bandar tempat manusia tinggal. Dikawasan urban bandar terdapat kawasan perladangan subur. Air laut disuling menjadi bekalan air bersih bandar itu. Manusia juga tinggal di kawasan berhampiran kutub utara dan selatan. Bagaimana pun hutan tebal tropika seperti Amazon dan kawasan hutan lain di dunia masih dijaga daripada ditarah manusia sebagai bekalan pengeluaran oxygen kepada penduduk bumi. Manusia di tahun 3,000 akan mengenang kembali bagaimana manusia pada abad ke 20 dan 21 telah meracuni udara bumi sehingga lapisan ozon terbuka dan iklim dunia menjadi panas. Akibat kecuaian manusia pada abad ini kita telah perlahan-lahan mencari jalan untuk mengganti kebergantungan darpada sumber tenaga minyak fossil kepada sumber tenaga yang lebh bersih. Akhirnya manusia keturunan kita dimasa depan akan menghirup udara bersih dan persekitaran mereka bebas dari pencemaran alam sekitar.
 |
| Kawasan perlombongan di angkasa lepas |
Syarikat-syarikat perdagangan besar menguasai dan mempengaruhi politik dunia dimasa depan. Syarikat paling berkuasa ialah yang melaburkan wang mereka dalam bidang perlombongan di angkasa lepas. Jumlah bahan galian dan sumber yang tidak terhad banyaknya menyebabkan syarikat - syarikat itu bertambah bertambah kaya dalam mengumpulkan hasil keuntungan. Manusia pada masa itu tidak bekerja untuk wang tetapi kredit seperti aliran wang elektronik. Jika seseorang berkehendakkan sesuatu seperti rumah atau kereta dia hanya memohon harta benda berkenaan daripada syarikat atau jabatan kerajaan tempat dia bekerja mengikut jumlah kredit yang dia dapat hasil dari kerjanya. Secara am nya manusia tidak bekerja untuk wang pada masa itu tetapi lebih kepada memburu kerjaya, sesuatu yang boleh dia sumbangkan kepada pihak tertentu kerana orang tidak bekerja pun boleh mendapat kredit pada tahun 3,000 masihi.
 |
| Ladang ikan |
|
Tidak ada orang yang tidak berharta dan kebuluran pada masa itu. Kalau ada pun mereka hanya mewakili 1% daripada 25 billion penduduk bumi. Sumber makanan untuk penduduk bumi seramai itu didapati dari sumber perladangan dan perikanan yang ada seperti hari ini dan juga daripada sumber yang ditanam di kawasan gurun dimana teknologi manusia telah membolehkan manusia mengairi gurun padang pasir yang tandus menjadi kawasan pertanian dan haiwan ternak yang subur. Ada juga kawasan pertanian yang dibuat didalam bangunan tinggi pencakar langit yang mana bangunan itu dibina khas untuk pertanian sahaja di bandar-bandar besar. Ikan-ikan laut diternak dalam ladang ikan yang besar di laut berhampiran pantai. Pertumbuhan jumlah ikan - ikan laut tidak berkurangan kerana banyak terumbu karang buatan dibina manusia sebagai tempat perlindungan ikan yang juga kaya dengan plankton sumber makanan untuk ikan-ikan laut.

Sudah tentu ada benih bijiran seperti gandum, oat, barli, padi dan buah-buahan yang ditanam telah diubah suai genetik DNA sehingga boleh menghasilkan ada yang mempunyai daya ketahanan dari serangan ulat serangga. Ada juga yang diubah suai supaya bijiran tersebut mampu bertahan dari cuaca melampau. Ada bijirin yang diubah suai supaya mengeluarkan hasil yang lebih banyak dan bermutu. Malahan ada juga yang diubah suai supaya dapat di tanam tanpa mengikut musim tertentu seperti padi, yang boleh ditanam dan dituai sehingga 4-6 kali setahun. Sama seperti sumber makanan hijau, ada juga binatang yang diubah suai genetik DNA untuk ketahanan dari penyakit dan ketahanan juga untuk baka yang baik.Semua itu kemungkinan telah bermula awal lagi pada tahun 2,100 hingga 2,500 lagi dan seterusnya ke tahun 3,000.
 |
| Bio mass power plant |
 |
| Diagram inside the magnetic chamber of hydrogen fusion thermal |
 |
| Fusion thermal |
Manusia atau kita semua ditahun 2,011 (abad ke 21), sedang mencari jalan penyelasaian kepada pengganti sumber tenaga yang lebih bersih. Jika kita tidak berbuat demikian, keturunan kita dimasa depan akan tinggal dalam dunia yang merbahaya dan tercemar. Pemanasan global yang semakin bertambah akibat pengeluaran gas carbon monoxide yang kebanyakan terhasil dari enjin pembakaran yang mengguna minyak juga arang batu dan methane. Sudah ada inovasi dan ciptaan yang mampu mengatasi masalah itu seperti penggunaan tenaga solar, angin dan bio gas.


Dimasa depan manusia bergantung sepenuhnya pada sumber tenaga yang bersih ini. Ladang angin kelihatan dimana-mana saja. Ladang angin ialah kawasan dimana ditempatkan kincir - kincir angin yang menjana elektrik. Bukan itu sahaja tapi terdapat juga plat - plat solar yang menuai cahaya matahari mejadi aliran elektrik. Loji nuklear hydrogen fusion yang lebih bersih dari bahaya radiasi menjadi pengganti kepada loji nuklear lama yang menggunakan plutonium. Menghampiri tahun 3,000, kincir angin menjana elektrik dan ladang solar sudah berkurangan kerana ada lagi ciptaan baru yang lebih canggih dalam usaha manusia untuk menjana kuasa tenaga. Sebuah loji tenaga ini yang hanya sebesar sebuah rumah mampu menjana tenaga untuk sebuah bandar. Sel - sel untuk menyimpan tenaga elektrik seperti bateri mempunyai beribu- ribu kali kuasanya daripada bateri hari ini. sebuah kenderaan berbentuk kereta dimasa depan bergerak hanya menggunakan bateri kecil sebesar bateri kereta hari ini. Kuasa elektrik yang disimpan dalam bateri ini mampu bertahan sehingga berbulan - bulan lamanya tanpa di cas semula.
 |
| Bandar di masa depan |
|
 |
| Kereta terbang |
|
Kereta terbang menjadi pemandangan biasa pada masa itu. Terdapat highway udara untuk lalu lintas kereta terbang menjadi nadi perhubungan baru antara bandar. Manusia tidak memandu kereta terbang mereka sebab ia dikendalikan sepenuhnya oleh komputer. Hanya tekan atau sebut saja destinasi, komputer akan memandu kereta itu terbang. Bagi perhubungan jarak dekat di kawasan bandar dan desa. kenderaan traktor masih diguna di ladang. Masih ada kereta yang bergerak diatas tanah, kebanyakannya diguna untuk tujuan rekreasi. Manusia sangat teruja memandu kereta darat di kawasan yang mencabar sama seperti kita hari ini memandu kereta 4x4.
 |
| Maglev |
|
Rangkaian landasan keretapi maglev juga banyak terdapat. Keretapi jenis ini bergerak pada kelajuan hampir kelajuan bunyi iaitu 650 batu sejam (1,046 kilometer sejam). Keretapi itu bergerak sangat laju seperti kapal terbang tetapi di atas darat. Penumpang melihat luar tingkap pokok-pokok dan bangunan kelihatan kabur. Pemandangan jauh hanya sepintas lalu sahaja. Walaupun bergerak pantas mereka tidak akan terasa pergerakan maglev.
 |
| Pesawat hypersonic |
|
Terdapat dua jenis pengangkutan udara. Pertama untuk menghubungkan destinasi antara bandar di muka bumi, kedua untuk menghubungkan muka bumi dan stesen angkasa lepas. Pesawat udara di bumi terbang pada kelajuan yang teramat laju. Bayangkan saja kita boleh bersarapan pagi di KL, kemudian menaiki pesawat ke New York dalam masa beberapa jam anda sudah boleh makan tengahari di sana kemudian minum petang di London, dan makan malam di KL kembali. Pesawat ini terbang pada kelajuan hypersonic bersamaan dengan 6,300 batu sejam ( 10,138 kilometer sejam) atau mach 10.
 |
| Shuttle angkasa |
|
Pesawat shuttle yang menghubungkan stesen angkasa lepas dan bumi juga mempunyai enjin yang hampir sama kecuali shuttle ini mempunyai badan yang lebih kukuh daripada bahan logam yang kuat menahan dari kepanasan semasa proses kemasukan kebumi. Terdapat banyak jenis stesen angkasa lepas pada tahun 3,000. Ada yang menjadi hotel 5 bintang, ada yang menjadi tempat tinggal koloni manusia. Ada juga stesen angkasa lepas yang besar seperti sebuah bandar. Stesen ini berpusing dipaksinya sendiri untuk menjana tarikan graviti tersendiri. Manusia tidak akan terapung di stesen-stesen ini kerana penjanaan tarikan graviti tiruan. Ada juga stesen angkasa lepas yang menjadi pelabuhan untuk kapal - kapal angkasa besar. Barang dagangan dan bahan galian dari planet yang didiami koloni manusia akan diturunkan di pelabuhan angkasa ini.
Kemudian diedarkan menngguna shuttle angkasa ke bumi.
 |
| Stesen angkasa lepas |
|
 |
| Atmosfera didalam stesen angkasa lepas |
|
Ada juga stesen yang menggunakan lift langit sebagai perhubungan dengan muka bumi. Tali untuk Lift ini dibina menggunakan teknologi nano berpuluh-puluh kali ganda lebih kuat dari besi. Manusia hanya perlu menaiki lift ini untuk ke angkasa.
 |
| Lift ke stesen angkasa lepas |
Kerana jumlah manusia yang terlalu ramai dan padat dimuka bumi, banyak yang telah pindah ke koloni penempatan manusia seperti bulan, planet marikh dan bulan - bulan di planet Zuhal. Walau pun bulan tidak mempunyai atmosfera, banyak bangunan dan bandar didalam kubah gelas dibina. Manusia tinggal didalam kubah ini menjalani kehidupan harian sama seperti di bumi. Kecuali tarikan graviti bulan lebih rendah kita akan seperti melompat - lompat bila berjalan. Barang yang berat bila diangkat semasa di bumi, terasa ringan pula kalau diangkat semasa di bulan. Bulan mempunyai kurang seperuh gravitinya dibandingkan dengan bumi.
 |
| Koloni manusia di bulan |
 |
| Atmosfera dalam bangunan koloni manusia |
Planet Marikh yang sudah lama di terokai manusia sejak tahun 2050 lagi, pada tahun 3,000 nanti akan menjadi seperti bumi kedua. Pada awal penerokaan planet Marikh, manusia telah menjalankan kerja menukar udara atmosfera karbon menjadi oxygen melalui penanaman tumbuh-tumbuhan dan pokok. Ais di kutub utara planet Marikh dicairkan menjadi lautan kecil menggunakan teknik sama pemanasan global bumi abad ke 20.
Tetapi pemanasan planet Marikh pada tahun 2100 itu di sengajakan supaya atmosfera menjadi panas. Ais akan mencair menjadi sumber untuk tumbuh-tumbuhan dan pokok.
 |
| Bandar di planet Mars pada tahun 2500 |
 |
| Planet Mars yang bertukar atmosfera menyerupai bumi tahun 3,000 |
|
Tahun 2200, planet Marikh sudah berubah sepenuhnya menjadi seperti planet bumi. Tumbuhan dan pokok hijau kelihatan terhampar di seluruh planet Marikh. Udaranya juga sama seperti bumi. Manusia bebas bergerak di planet itu tanpa alat sokongan oxygen. Bandar - bandar tumbuh dimuka bumi Marikh. Sudah tentu tujuan manusia ke Marikh ialah untuk mendirikan koloni untuk manusia berpindah disebabkan bumi semakin bertambah penduduknya. Marikh juga kaya dengan bahan galian untuk keperluan manusia. Terdapat banyak lombong di Marikh. Di tahun 3,000 planet Marikh ialah kembar kepada planet bumi.
 |
| Koloni manusia di stesen angkasa lepas |
 |
| Koloni manusia |
Tahun 3,000, sudah ada kapal angkasa yang bergerak melebihi kelajuan cahaya. Sudah ada ekspidisi penjelajahan ke bintang - bintang yang dekat dengan sistem solar kita. Manusia sudah berjumpa dengan banyak planet yang sesuai dijadikan koloni penempatan. Dalam penjelajahan itu manusia juga sudah bertemu dengan makhluk asing. Ada makhluk asing di planet asing itu mempunyai kepintaran seperti monyet. Ada yang berbentuk sel - sel bakteria sahaja. Tetapi yang lebih mengujakan ialah makhluk asing yang pintar sama seperti manusia. Makhluk asing ini mungkin tinggal di sistem suria yang lebih jauh. Mereka juga mempunyai teknologi kapal angkasa yang laju. Manusia mungkin bertemu dan menjadi kawan atau menjadi musuh kepada makhluk asing ini. Konflik dan perang mungkin terjadi di ruang angkasa yang sangat jauh dari bumi.
Adakah manusia akan menjadi bangsa penakluk pula kepada makhluk asing ini?
 |
| Kapal angkasa |
Politik dan sistem pentadbiran manusia bumi yang dipengaruhi oleh kewujudan koloni - koloni penempatan manusia lain seperti bulan, Marikh dan penempatan lain di bulan - bulan juga planet asing menyebabkan rasa seperti kebebasan untuk memerintah sendiri dari pentadbiran manusia bumi. Banyak syarikat besar yang mempunyai tentera mereka sendiri memerintah koloni - koloni ini. Manusia yang tinggal jauh dari bumi akan memberontak mahu menubuhkan kerajaan mereka sendiri. Perang menuntut kebebasan akan berlaku antara koloni-koloni manusia dan syarikat besar juga kerajaan bumi. Akhirnya pada tahun 3,000 banyak koloni penempatan menjadi negara- negara berdaulat diperintah oleh orang tempatan yang lahir disana. Marikh akan menjadi sebuah negara yang bebas dari pemerintahan manusia bumi. Begitu juga di planet - planet lain yang keturunan manusia itu berasal dari bumi.
 |
| Perang antara koloni manusia |
Semua negara - negara di bumi menjadi satu perikatan negara dan bangsa bumi pula. United nation atau PBB yang pada masa itu sudah bertukar nama akan menjadi seperti pentadbir kepada kerajaan dan pemerintah negara - negara di bumi. United Nation akan menjadi seperti satu bentuk kerajaan atau pemerintah. Di mana kesemua wakil dari negara - negara bumi akan berhimpun di perhimpunan sama seperti sidang parlimen atau senate. United Nation sudah mempunyai kuasa yang lebih seperti sebuah kerajaan atau pemerintah persekutuan demi menjaga keamanan dan kesejahteraan bumi juga dalam hal menangani isu-isu berbangkit di muka bumi. United Nation pada masa itu sudah mempunyai kuasa untuk menangani konflik diantara wilayah dan negara - negara bumi.
 |
| Perhimpunan United Nation ditahun 3,000 |
Kerana globalisasi dan kepantasan juga kecanggihan penghantaran maklumat serta pengangkutan yang sepantas kilat, wilayah bumi lebih mudah dan senang ditadbir. Kuasa - kuasa besar seperti USA, Russia, China, Perancis, German dan UK sudah tidak menjadi kuasa dominan di United Nation. Tidak ada lagi kuasa veto dari mereka yang tidak bersifat demokratik. Semua negara di dunia mempunyai hak dan kuasa yang sama untuk mengundi. Manusia bumi akan mengundi siapa Presiden yang akan memerintah bumi. Mungkin dia orang Afrika, orang Asia, orang Eropah, orang Amerika utara dan selatan atau pun orang yang dilahirkan dalam koloni manusia di dasar laut. Bagaimana pun negara - negara di bumi masih mempunyai hak autonomi untuk memerintah wilayah mereka sendiri. Kerajaan Marikh dan negara di koloni manusia lain akan mengujudkan satu perikatan manusia sekiranya mereka diancam perang oleh makhluk asing pula.

Kerana globalisasi, manusia tidak memerlukan passport untuk untuk masuk kenegara - negara dalam bumi. kecuali untuk ke planet Marikh dan koloni - koloni manusia. Komputer hanya diguna untuk menganalisa muka, corak mata dan jari sebagai pengesahan. Manusia bebas bergerak keluar masuk kenegara lain dibumi tanpa pemeriksaan passport. Tetapi manusia kan dipantau sepenuhnya menggunakan mata kamera seperti CCTV hari ini untuk pengenalan dan pencegahan jenayah. Komputer kawalan keselamatan tahun 3,000 boleh mengenali kamu walaupun semasa kamu sedang berjalan - jalan di taman. Tetapi kamera ini bukan lah diguna untuk mencerobohi hak privasi orang seperti dalam novel dan cerita filem bertajuk "1984'' yang dipanggil ''Big Brother''. Walaupun kamera ini tidak diguna untuk meninjau dalam kehidupan peribadi seharian manusia dalam rumah tetapi semua manusia bersetuju untuk kawalan keselamatan dalam bentuk ini ditempat-tempat awam.

Teknologi maklumat ditahun 3,000 masihi tersangatlah canggih. Ruang cyber vitual menjadi nyata. Manusia boleh pergi ke alam lain dengan memasuki bilik - bilik hologram. Mereka akan bersosial dalam cyber sama seperti hari ini tetapi kelainannya mereka mungkin melangkah kedalam bilik hologram yang memaparkan imej - imej yang kelihatan seperti benar - benar nyata. Maklumat sangat senang dicapai melalui komputer kecil sebesar handphone iphone hari ini. Bezanya komputer kecil tahun 3,000 mempunyai kuasa memproses beribu - ribu kali ganda kuasanya. Kalau jamnah mahu menggunakan komputer kecilnya sebesar tapak tangan untuk menganalisa pergerakan bintang dalam galaxy amat mudah sekali tidak seperti hari ini yang memerlukan super komputer sebesar sebuah bangunan.
 |
| Binary code |
|
Panggung wayang hologram sama seperti filem 3d hari ini.
Muzium akan mempamerkan barangan replika dalam bentuk hologram.
Terdapat bilik dan hologram yang membolehkan kita melihat kejadian dan peristiwa bersejarah contohnya kita boleh dapat melihat lakunan semula bagaimana pengisytiharan kemerdekaan Amerika pada tahun 1776. Atau kita boleh melihat pengisytiharan kemerdekaan kemerdekaan Malaysia 1957. Kita boleh melihat sendiri keadaan dan suasana pertempuran dalam perang dunia kedua. Kita juga boleh melihat model - model hologram manusia yang menggayakan pakaian manusia ditahun 2011. Bahan - bahan sejarah bertulis dan rakaman audio video ada tersimpan dalam koleksi pusat penyimpanan data awam pada tahun 3,000. Orang ramai dapat akses semua maklumat yang mereka mahu melalui internet.
 |
| Alami sendiri suasana perang dalam bilik hologram |
Sistem perhubungan manusia juga sangat canggih. Sehingga dapat menghubungkan sesama manusia dalam sistem suria kita. Seseorang boleh menghubungi saudaranya di planet Marikh dengan menghantar email berupa kiriman video phone. Manusia tidak boleh berhubung secara langsung dengan manusia planet Marikh kerana jarak yang sangat jauh menyebabkan isyarat akan bergerak sehingga 20 minit baru sampai ke Marikh. Contohnya kalau kita ucap ''hello'' akan mengambil masa hingga 20 minit baru sampai ke Marikh dan akan mengambil masa 20 minit lagi untuk kita mendengar ucapan balas dari saudara kita dari marikh itu.
 |
| Internet pada tahun 2100 |
Perjalanan sejarah manusia ke tahun 3,000 sangat mencabar. Mungkin akan ada perang besar dimuka bumi.
Mungkin akan ada kejadian asteroid akan melanggar bumi. Mungkin akan ada perpecahan dan penaklukan sepanjang 1,000 tahun akan datang. Sempadan negara dan wilayah yang kita lihat hari ini akan bertukar ganti. ada yang bergabung menjadi negara besar, ada yang berpecah menjadi negara - negara kecil dan ada juga yang akan membentuk perikatan tersendiri. Mungkin ada bala dan bencana dahsyat akan berlaku di masa depan. Tidak mungkin akan ada lagi perang global seperti perang dunia kedua. Sebab manusia sudah belajar dengan melihat sendiri peristiwa sejarah yang mengorbankan umat manusia. Ya perang penyatuan akan berlaku di masa depan untuk menyatukan sesebuah wilayah kedalam wilayah tadbir United Nation. Eropah akan menjadi satu wilayah bersatu sama seperti USA. Negara USA pula mungkin akan tetap kekal sehingga tahun 3,000. Negara China iaitu negara tertua yang sudah wujud pada tahun 200 BC lagi masih wujud dengan mempunyai jumlah penduduk teramai di dunia. Malaysia, Indonesia akan termasuk dalam perikatan Asia tenggara. Kemungkinan besar Indonesia akan mengalami perpecahan dan penyatuan semula sepanjang 1,000 tahun kedepan.


Manusia di masa depan akan berperang untuk merebut sumber air. Manusia akan berperang di dasar lautan untuk merebut wilayah yang kaya dengan bahan galian. Manusia akan berperang memerdekakan wilayah mereka dari syarikat besar yang memonopoli ekonomi dunia. itu semua akan berlaku sepanjang perjalanan ke tahun 3,000. Masih terlalu jauh untuk kita melihat apa akan berlaku di tahun 3,000. Segala apa yang akan berlaku di tahun itu akan terjadi mengikut perjalanan dan kejadian persitiwa yang akan manusia tentukan sendiri. Masa depan belum wujud lagi, hanya perbuatan dan keputusan manusia hari ini yang akan menentukan keweujudan kesejahteraan masa depan manusia iaitu keturunan manusia bumi pada hari ini yang akan mewarisi bumi pada tahun 3,000.